3 sahabat.
3 persamaan.
3 bujang terlajak!
Lalan, Bob dan Joe, umur sudah 30-an tapi payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru, payah juga kan? Apabila terjumpa yang berkenan, tapi mulut pula berat macam besi! Masalahnya bukan tak mencari, bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap... ‘aku suka kau’. Mulanya mereka tak kisah, tapi apabila diterjah dengan soalan kahwin di kiri, kanan, depan dan belakang, siapa yang tahan telinga?
Lalan bertemu semula dengan Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, tapi apabila dah besar ni, jadi cantik rupawan pula.
Manakala Joe, menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk mendapatkan tandatangannya.
Bob? Dia bukanlah memilih. Dari kecil dia memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboi di kampungnya.
Tapi!
Semua rancangan kahwin hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasa. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawah jambatan malam Jumaat, jumpa pakar jodoh, tip buku cinta memikat kekasih, waima produk aura jodoh pun berkotak-kotak dibeli!
Semua pun tak menjadi!
Tiga-tiga pasrah, jodoh masih tak tersangkut lagi. Sebenarnya jodoh yang dicari ada dekat mana? Ke sebenarnya jodoh tu terlepas pandang kiri kanan aje?
Reviews
Gila! Aku Suka Dia?
by on July 19, 2021
Sangat terhibur. Itu komen pertama tentang cerita ni. Tiada konflik berat. Penulisan yang santai dan bersahaja. Senyum-senyum, sengih-sengih masa baca. Duduk di luar pintu bilik nyanyi lagu Frozen.. memang berdekah-dekah ketawa. Menyelami dilema yang dirasai orang bujang dari persepsi orang lelaki apabila masih belum menemui calon isteri setelah sekian lama. Perjalanan yang dilalui untuk berjumpa jalan bahagia bertemu jodoh sejati. Cuma tekaan mengenai Joe saja yang tersasar jauh dari yang sebenarnya. Masih tak jelas dengan keadaan Liza yang sebenarnya. Begitu nekad mak abah Shazlan menyembunyikan kebenaran. Nasib baik usaha pencarian jodoh Lan tidak berjaya. Kalau tak, kesian juga yang menunggu dalam diam. Pengakhiran yang tidak disangka Babah Lan. Hahaha.. Figura Babah Lan tu memang mencuit hati..
Gila Aku Suke Dia
by Noraishah on January 10, 2024
Best dpt kwn cmni..
gila aku suka dia
by Nur sahfika Binti Azaman on January 12, 2024
cerita ni kelakar
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.