H.I.M. by Fazlyn Ridz

H.I.M. by Fazlyn Ridz from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Title: H.I.M.
Author: Fazlyn Ridz
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-00-0
File Size: 2.33 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya. Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti. Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa. AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik kepada Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama. Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri. Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya. Hero In A Million! Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!

Reviews

H.I.M
by Diyana on September 08, 2018

Easy reading

H.I.M
by NURIN HAZWANI BINTI MOHD FAUZI on May 21, 2019

best

H.I.M
by Rosmi Jamudin on July 05, 2019

Best

Best Novel
by Nabilah ナディア on August 21, 2019

Novel ringan tp seronok baca

H.I.M
by anafati on February 23, 2020

Bukan sekadar bacaan biasa..tapi sarat dgn ilmu kekeluargaan Islam..syabas writer..sgt teruja baca novel ni..

H.I.M
by Lyn Amin on March 10, 2020

memang best

best!
by sriyanti abdullah on April 24, 2020

fuhhh mmg best. tak mampu nak skip sbb ayat2 dia best semua.

H. I. M
by Susan on April 29, 2020

best

H.I.M
by Masyitah Aminah Muktar on May 24, 2020

Best. Selalu jumpa hero yang sempurna je sampai kekadang tak lgik dalam dunia sebenar tapi fakri adalah lelaki yang tercipta tak sempurna seperti lumrahnya, namun itulah yang menyempurnakan orang lain. Penuh dengan pengajaran untuk disampaikan. Berbaloi membacanya. Recommended guys.

H.I.M
by on February 20, 2021

seronok baca

H.I.M
by on April 30, 2021

best!! bnyk pengajaran and nasihat dlm novel ni. Good job

H.I.M
by Nur Harsyikin Badri on May 30, 2021

best n berbaloi

Good Story
by UMI SOLEHAH SA'AD on July 24, 2021

Very good story line. Its continue the tales of Ariff Butler & Insyirah family.

HIM
by Ejum Wahab on September 01, 2021

Terlalu suka dengan novel ini. Karya yang terlalu baik dibuat oleh author. Job well done author.

H.I.M
by Norhanis fatihah on September 06, 2021

Omg x blh move on dgn karya novelis ni semua nest gilerr n mcm biasa author ni akan selitkan pengajaran

wow
by Nor Hazirah Ishak on September 12, 2021

Kalau boleh nak bagi 10 bintang. Penuh sangat dgn penceritaan cinta, keluarga & persahabatan. Banyak unsur nasihat yang boleh digunapakai. Jalan cerita yang tak bosan dan tidak berulang. Keep it up!

H.I.M
by Nurul Wahida on October 01, 2021

novel y bagus. dengan gaya santai.

HIM
by Nurcahaya Abadi on October 04, 2021

FR memang tak pernah mengecewakan …5 bintang

h.i.m
by ZAIRAH BINTI MD NAYI on October 04, 2021

kenapa x boleh bukak dan baca novel ni. tlg share mcmana nak baca

H.I.M
by rozita my on October 11, 2021

Jalan cerita yang menarik. Good job penulis

h.i.m
by Arani Rosse Omar on February 06, 2022

nice story

best
by tunteha on August 26, 2022

santai je. tak berat, tak meleret, tak laju. just nice je. yang penting, tak rugi beli. good job

Terbaik
by AHM on September 16, 2022

Mula2 baca I was a bit judgemental dengan hero. Tpi tak lama lepas tu, ada tarikan and kesungguhan si hero yg tidak berputus asa dalam kehidupan…this attracted to me untuk membaca buku ni nonstop… habis satu hari buku ni i baca…

HIM
by norhasnah on January 07, 2023

best

nuhara
by Nu Hara on January 16, 2023

best

H.I.M
by siti nadzirah binti mohd nadzir on February 11, 2023

novel yang jujur dan realistik tentang kehidupan berumah tangga, perkahwinan dan keluarga tidak terlalu berlebihan dalam menceritakan kisah romantik suami dan isteri tetapi penuh dengan nasihat yang logik untuk dikongsi kepada yang berminat dengan kisah cinta semata, mungkin ini bukan novel yang dinanti kerana ada bahagian yang sedikit hambar dan banyak pengucapan tetapi kepada yang gemar membaca sesuatu yang realistik dan nasihat yang jujur dan praktikal, boleh cuba membaca novel ini sebab ini adalah kisah kehidupan

Write your review

Recommended