Kesedaran Yang Mulia by Jalan Ketuhanan
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Title:
Kesedaran Yang Mulia
Author:
Jalan Ketuhanan
Category:
General Academics
ISBN:
9789671626009
Publisher:
PublishDrive Inc (ALFA EDEN ENTERPRISE)
File Size:
2.41 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Kesedaran Yang Mulia ini
adalah sebuah kitab ilmu Jalan Ketuhanan yang
terdiri daripada ayat-ayat Pendidikan Akhlak yang
sempurna bertujuan untuk membetulkan pandangan, ingatan dan kata-kata.
Intisari maksudnya ialah supaya tidak salah, benar dan tenang.
Maksud tidak salah ialah sedar supaya tidak salah,
benar bermaksud tidak salah dan
tenang ialah tidak terpengaruh.
Tiga frasa inilah tujuan sebenar Jalan Ketuhanan. Beramal Jalan Ketuhanan
terdapat tiga peningkatannya iaitu manusia bergaul sesama manusia, dapat
mengikut sebenar-benarnya kata-kata Nabi dan hati
yang suci kembali ke tanah yang suci.
Adapun
ayat-ayat dari Kitab Kesedaran Yang Mulia ini telah disampaikan oleh Nabi Allah
Khidir, kepada seseorang yang paling hampir
dengannya.
Segala ilmu yang terdapat di
dalam Jalan Ketuhanan ini adalah untuk seluruh umat manusia di dunia ini, tidak
khusus untuk satu-satu kaum tertentu. Ia meliputi angkasa lepas
dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Kehidupan manusia itu adalah diri
kita sendiri manakala angkasa lepas pula ialah kehidupan di sekeliling
kita. Jalan Ketuhanan tiada hukum, ia dikatakan sebagai syarat iaitu syarat
yang logik seperti jangan membunuh makhluk bernyawa, jangan mencuri dan
merompak, jangan mempermainkan perempuan, jangan bercakap hal-hal yang tidak
baik dan jangan minum arak kecuali sebagai ubat.
Ilmu Jalan Ketuhanan ke mana pun sama dan selamanya ia tetap sama.
Ia penuh
dengan kebijaksanaan, penuh dengan kebaikan hati dan suasana
yang tidak sejuk dan tidak panas. Manusia yang mempunyai Kesedaran Tinggi
adalah bertaraf Nabi dan manusia yang berkesedaran rendah adalah bertaraf
manusia biasa. Pengamal Jalan Ketuhanan digalakkan makan sayur tetapi bukan
diwajibkan dan makan sayur adalah salah satu keistimewaan jalan ini
kerana kasihan kepada makhluk dan tidak membunuhnya. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.