Izinkan Cinta-Mu Yang Pertama by Puteri An-Nur
Read using
(price excluding SST)
Author:
Puteri An-Nur
Category:
General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-406-276-7
Publisher:
KarnaDya Publishing Sdn Bhd
File Size:
1.75 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Dunia percintaan sememangnya indah jika pasangan setia. Tetapi tidak bagi Nur Syahadah apabila dia diuji dengan kecurangan tunangnya yang bermain kayu tiga. Lebih parah tunangnya curang dengan kakaknya sendiri.Setelah dikecewakan, Nur Syuhadah akur akan jodoh yang dipilih oleh abinya iaitu Yusof.
“Nur mesti terima Muhammad Yusof. Dialah lelaki yang terbaik untuk anak abi ni.” - Abi
Walau pada mulanya agak berat untuk Nur terima, tapi dia percaya pilihan abinya adalah yang terbaik untuk dirinya di samping dia mahu tinggalkan kenangan yang lalu dan bina hidup baru.Nur terima seadanya Yusof walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
“Kata orang, tak kenal maka tak cinta tau. Dah kenal mesti awak akan suka...” – Yusof
Nur sahut kata-kata Yusof dengan pertaruhkan hidupnya. Padanya, bahagia atau derita, semua itu sudah ditetapkan Allah. Seusai dirinya sah menjadi suri hati buat Yusof, barulah Nur mengerti bahawa dunia Yusof yang dulu bukanlah seperti yang dia lihat kini.
Ternyata dugaan datang lagi dengan kehadiran Jessy yang mahu Yusof bertanggungjawab atas perbuatan Yusof yang lalu. Yusof terpanar. Kelu dia untuk berkata-kata apatah lagi mahu melukakan hati si isteri yang dicintainya. Kerana bagi Yusof, Jessy adalah masa lampaunya.
“Abang tak sampai hati tengok Nur sedih.”- Yusof
Tapi lain pula dengan pemikiran Nur. Baginya seorang suami tidak pernah diharamkan untuk berpoligami, apa lagi dalam keadaan suaminya mampu.
“Jangan risaukan Nur. Nur cintakan abang kerana Allah. Cinta kerana Allah bukan membawa ke jurang kejahatan, tetapi membawa ke jalan syurga-Nya. Doakan Nur menjadi isteri yang solehah, ya...” - Nur
Sebagai hamba-Nya, Nur meletakkan Allah yang pertama. Tetapi mampukah Nur hidup sebumbung dengan madunya, Jessy yang sentiasa merancang untuk menghancurkan hubungannya dengan Yusof?
Reviews
:)
by husneyney on March 27, 2019
Menarik. Gaya penulisan yang baik. Plus point, suntikan keislaman dalam novel ni natural.... and yes, banyak pengajaran. Overall, sebagai pembaca saya berpuas hati.
Izinkan Cinta-Mu Yang Pertama
by Fariha Mustapha on June 28, 2019
Indahnya cinta bila meletakkan Allah cinta yang pertama
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.