KAU YANG KUNANTI by IDA FARISYA
Read using
(price excluding SST)
Title:
KAU YANG KUNANTI
Author:
IDA FARISYA
Category:
General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-0907-94-9
Publisher:
Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
File Size:
2.10 MB
(price excluding SST)
Synopsis
“Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana. Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!” – Amirah
Hati yang terluka sukar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah. Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan.
“Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!” – Hakim
Tidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya. Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula.
“Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!! Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!” – Sofiana
Bagi Sofiana, Amirah perampas! Mereka berdua harus dipisahkan selama-lamanya. Lalu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan rancangannya itu.
Demi membuktikan kata-katanya, Hakim berusaha keras untuk memenangi hati Amirah. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Hati Amirah terlalu keras untuk dicairkan.
Bagi Amirah pula, apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hak anaknya sendiri. Biar apa orang kata, dia tidak peduli. Kerana mereka tidak akan faham nasib anak yatim piatu seperti dirinya. Lalu, dalam keterpaksaan, Amirah mempertaruhkan lagi kehidupannya dalam satu perjanjian. Perjanjian yang bakal merubah perasaan masing-masing.
Apakah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amirah dan Hakim? Mampukah Amirah tetap dengan pendiriannya untuk tidak terbuai dengan godaan suami sendiri?
Reviews
KAU YANG KUNANTI
by Fariha Mustapha on November 27, 2019
sape2 yang ada perasaan nk kawen nga laki org patut baca novel ni. Padan muka Sofiana. perasan org rampas pakwe dia padahal dia perampas laki orang. Nasib baik Amirah ni cepat bangun dari tidur dan tuntut hak sendiri. jangan bagi orang pijak kepala.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.