Kesihatan Wanita pada Usia Emas: Kenyataan dan Harapan by Nik Hazlina Nik Hussain

Kesihatan Wanita pada Usia Emas: Kenyataan dan Harapan by Nik Hazlina Nik Hussain from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
ISBN: 978-967-461-231-3
File Size: 67.99 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Kesihatan Wanita pada Usia Emas: Kenyataan dan Harapan menghuraikan dengan lebih mendalam isu dan cabaran berkaitan peningkatan bilangan warga emas, terutamanya dalam kalangan kaum wanita iaitu di peringkat pramenopaus, menopaus dan pascamenopaus. Kupasan ini membolehkan kaum wanita memahami semua aspek kesihatan menjelang usia emas dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang dapat meningkatkan taraf kesihatan mereka. Satu daripada tumpuan utama wanita di usia emas adalah untuk kekal sihat seboleh yang mungkin, kerana keadaan ini menentukan kebebasan dan kualiti hidup yang bermakna bagi seorang wanita apabila usia semakin meningkat. Kandungan dan persembahan buku ini adalah padat, mantap dan menyeluruh merangkumi semua aspek kesihatan wanita di usia emas. Buku ini ditujukan kepada semua kaum wanita di mana sahaja, tidak mengira usia, status atau bangsa. Kaum lelaki juga perlu membaca buku ini untuk lebih memahami perubahan yang berlaku dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Buku ini juga sesuai sebagai rujukan bagi pengamal perubatan, pelajar perubatan, pergigian, farmasi, sains kesihatan, kejururawatan, ekonomi kesihatan dan bidang pemakanan, sama ada di peringkat prasiswazah, siswazah dan juga pascasiswazah.

Reviews

Write your review

Recommended