Umi Dan Aldrich by Rafina Abdullah

Umi Dan Aldrich by Rafina Abdullah from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Rafina Abdullah
Category: General Novel , Romance , Wedding
ISBN: 978-96717437-3-7
Publisher: RMA STUDIO
File Size: 1.33 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Dua bangsa, agama dan budaya yang berbeza tidak menjarakkan hubungan di antara Umi Nadia dan Aldrich Lee. Tinggal sekampung, bersekolah dan membesar bersama, menjadikan mereka saling membantu dan melindungi. Saat Aldrich dan bapanya berpindah ke kota, Umi dapat merasai satu kehilangan yang besar. Terpisah oleh masa dan keadaan selama 12 tahun, pertemuan mereka kembali mengejutkan Umi di mana Aldrich tidak lagi seperti dahulu. Lelaki itu berubah 360 darjah berpusing ke arah barat daya. Walaupun berpakaian kemas, tetapi dengan telinga bertindik dan rambut yang diwarnakan keperangan, buat Umi tidak selesa dan ingin menjauhkan diri. Sudahlah begitu, sikap miang-miang rebung si Aldrich dan perangai tak semenggah lelaki itu buat Umi jadi risau dan takut. Cinta yang terpendam lama dalam hati Aldrich, membuatkan dia tidak lelah mengejar sang sahabat yang tidak lagi dianggapnya sahabat. Itulah gadis yang dicari-carinya selama tempoh perpisahan mereka. Namun, si gadis menidakkan perasaan istimewanya itu. Apa lagi yang dia boleh lakukan untuk menawan hati seorang Umi Nadia? Mengurat sampai berjaya? Ya, itulah misinya sehingga pantun pun sanggup direka. ~Aldrich Lee~ Pergi ke butik membeli baju, cubalah pilih warna biru, jika kau bilang i love you, aku bilang i love you too. “Awak ni kan, kalau bab-bab meluahkan perasaan, tak pelat langsung. Macam Nordin Ahmad bercakap. Tapi kalau dah datang cemburu, BM awak habis terabur.” “Siapa Nordin Ahmad? Awak punya kawan baru? Boyfriend baru? Cakap. Saya nak pergi jumpa dia. Nak kasi warning. Jangan dia ganggu Umi Nadia saya.” “Nordin Ahmad pun awak tak kenal? Kata orang Malaysia.” “Siapa? Ahli perniagaan terkenal? Peguam? Dia lebih hebat dan lebih kaya dari saya?” Ketika Aldrich dibawa pulang ke kampung untuk bertemu dengan bapa Umi, Aldrich menghilangkan diri dalam tempoh yang agak panjang. Namun, dia muncul kembali dengan penampilan baru yang buat Umi terkejut.

Reviews

umi dan aldrich
by Emy89 on April 13, 2020

sweetnya aldrich....suka cerita ni

UnA
by Norita bt Hashim on March 12, 2021

best

Umi dan Aldrich
by on August 26, 2021

Adoi, satu perangai Aldrich ni janganlah sesiapa nak ikutkan. Hingus dan air liur Umi pun dia nak simpan jadikan kenangan. Gelak je bila baca. Kisah persahabatan dari zaman budak-budak akhirnya bertemu jodoh walaupun pernah terpisah berbelas tahun. Tak bosan baca cerita ni. Mengetengahkan isu masyarakat sekeliling yang terlalu memandang rendah kepada golongan perempuan yang lambat berkahwin. Biarlah.. Jodoh itu pasti akan hadir pada masa yang tepat dengan orang yang sesuai. Tak perlu dipertikaikan sehingga membuat perasaan mereka tertekan. Cuma ada sedikit kelemahan dengan latar masa contohnya masa umur 20 tahun, Aldrich melanjutkan pelajaran papanya meninggal. Sebelum tu dah bertunang dengan Helen. Teresa meninggal dah 5 tahun iaitu masa umur Aldrich 23 tahun kerana kecewa dengan pertunangan Aldrich sedangkan pada masa itu pertunangan sepatutnya terbatal kerana papa Aldrich meninggal. Apapun kisah ini masih menghiburkan pembaca untuk bacaan santai..

Umi dan Aldrich
by Siti Aisyah binti Ramle on September 12, 2021

Cerita yang menarik

Umi dan Aldrich
by on November 06, 2021

best

Umi Dan Aldrich
by on May 14, 2022

Bestttt

umi dan aldrich
by Nur sahfika Binti Azaman on December 18, 2023

novel ni best...

Write your review

Recommended