Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya.
Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan?
“Kalau apa-apa terjadi pada mama dan papa, percayakan along. Trust him! Promise me!” – Encik Fahmi
“So do you trust me?” – Aidan
“Of course I trust you.” – Deja
“Then marry me…” – Aidan
Kahwin dengan Aidan? Memang taklah! Aidan itu abangnya. Takkan bisa dia melihat Aidan daripada kaca mata selain seorang adik. Dia geli, dia jijik mahu menganggap Aidan sebagai suaminya. Namun, janji tetap janji. Deja tidak sanggup menghampakan harapan papa yang telah banyak berbudi kepada dirinya.
Atas sebab cemburu, ada yang dengki pada tuah Deja, terutamanya hubungan rapatnya dengan abang-abang angkatnya sendiri. Yang rapat mahu dijauhkan, dan yang mesra mahu direnggangkan. Rina takkan senang selagi hubungan Deja dengan Irfan tidak dipecahbelahkan.
“… Yang aku tahu, Dee mesti dah bencikan kau sekarang ni. Jangan haraplah kau boleh rapat balik dengan Dee macam dulu. Jangan harap!” – Rina
Sikap Deja yang terlalu berdendam pada keluarga sedarah sendiri juga, akhirnya membuat Aidan lelah. Hubungan mereka sekeluarga yang dulunya amat rapat, kini berantakan.
Satu demi satu, Deja ditimpa ujian yang maha hebat. Mampukah Deja bahagia bersuamikan Aidan, abang angkatnya sendiri? Bisakah hubungan yang sudah punah disatukan kembali? Mengapa Rina terlalu cemburu akan Deja? Apa motifnya mahu merampas kebahagiaan Deja?
Reviews
Best!
by anafati on May 10, 2020
Cerita yg menarik utk di baca..
husband to be
by orked on March 26, 2021
tak boleh download
HUSBAND TO BE
by Siti Halijah binti Md Lizah on July 16, 2021
Best sangat . Tahniah kepada penulis .
Husband To Be
by on January 19, 2022
Sangat menarik
dear husband to be
by Fatimah binti Harun on June 26, 2022
best berbaloi baca
husband-to-be
by Arifa Nur Maisara Binti Noorazman on August 18, 2022
best sangattt!!! worth it
terbaik
by irdina on September 03, 2022
plot tersusun rapi dan jalan cerita cantik. saya sukaaaaa
HTB
by norhasliza binti yusoff on November 16, 2022
sangat best,worth to read
Dear Husband To Be
by on November 18, 2022
Suka cerita ni. Bahasa yang mudah dan jalan cerita yang menarik.
Mungkin ramai yang tak suka watak utama heroin Deja sebab terlalu manja tapi dia dibesarkan macam tu dan semua menyayanginya.
Aidan seorang yang terlalu penyabar dan amat bersesuaian dengan karakter isterinya yang selalu mencabar kesabarannya. Bagus sangat jadi seorang doktor.
Cuma tak berapa berkenan dengan lepas laku adik beradik ni.
Watak antagonisnya pula mencabar pemikiran pembaca untuk memikirkan rasionalnya bersikap sedemikian.
Keseluruhannya, karya ini membawa mesej kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang..
Best
by Nurul Alia on April 26, 2023
Comment
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.