Tukang Masak Cik Mafia by Aein Dhiyauddin
Read using
(price excluding SST)
Title:
Tukang Masak Cik Mafia
Author:
Aein Dhiyauddin
Category:
General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-2185-72-7
Publisher:
Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
File Size:
1.53 MB
(price excluding SST)
Synopsis
“Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!” – Orked Adelia
Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan.
Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu.
Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah.
“Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami.” – Orked Adelia
“Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?”- Syed Haidar
Rumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya.
Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya?
“Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia.” – Syed Haidar
Reviews
Tukang masak cik mafia
by saarizan jusoh on March 20, 2020
Jalan cerita yang menarik untuk dibaca
TMCM
by anafati on June 24, 2020
Jalan ceritanya ok la..rasa cm nk tolong plan je kt si orked tu jgn lurus sgt ikut je ckp si abg..hailah hai...
Tukang Masak Cik Mafia
by wan nur elyssa bt mior khalid on June 10, 2021
Best
Tukang Masak Cik Mafia
by NASIHAH ABDUL on July 02, 2021
Bolehlah... terkilan gak siisteri terlalu mafia..teruk kena buli
TMCM
by norhasliza binti yusoff on June 14, 2023
best.worth to read
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.