Transformasi Ramadan pernah diterbitkan sedekad yang lalu sebagai naskhah kecil untuk meneman pembaca membuat persiapan diri menjelang Ramadan. Naskhah berkenaan juga telah diterbitkan semula di dalam versi terjemahan bahasa Inggeris dengan tajuk Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts. Transformasi Ramadan 2.0 adalah naskhah kelangsungan versi sebelumnya, lahir di dalam suasana seluruh dunia sedang gementar berdepan dengan pandemik virus hari ini. Situasi semasa memaksa kita untuk lebih merenung, apakah sebenarnya nilai dan keutamaan di dalam seluruh kehidupan, termasuk Ramadan dan amalan-amalan yang hadir bersama dengannya. Ramadan untuk transformasi diri harus pergi lebih jauh daripada persoalan APA dan BAGAIMANA. Bulan yang disediakan oleh Allah ini, perlu diterokai seputar persoalan MENGAPA, kerana di dalamnya terkandung HIKMAH dan JAMBATAN ZAMAN.
Reviews
Transformasi Ramadan 2.0
by Aina Dayana Hilmi on February 09, 2021
Puasa bukan hanya menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa. Hasil yang diinginkan ialah taqwa. Apa itu taqwa? Tidak lain iaitu berhati-hati dalam setiap tingkah.
Definisi puasa dan ramadan dilihat dalam perspektif yang lebih menyeluruh. Merangkumi akidah, ibadah, adab dan isu semasa yang berlegar dalam masyarakat islam.
Puasa sebagai latihan untuk berkata tidak. Tidak melakukan maksiat. Tidak cenderung bernafsu melakukan zina. Tegas dengan prinsip diri berlandaskan akidah kepada Allah.
Buku ini memberi pencerahan minda buat saya yang sudah berpuluh tahun melalui ramadan. Ya Allah, semoga bertemu ramadan akan datang.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.