Asas Keusahawanan: Ke Arah Pengukuhan Minda dan Kemahiran Keusahawanan by Mohd Syahrir Rahim, Ahmad Zamil Abd. Khalid, Sahadah Hj. Abdullah, Syahrina Abdullah, Saudah Ahmad, Norria Zakaria, Iskandar Adon, Armanurah Mohamad & Donny Abdul Latief Poespowidjojo

Asas Keusahawanan: Ke Arah Pengukuhan Minda dan Kemahiran Keusahawanan by Mohd Syahrir Rahim, Ahmad Zamil Abd. Khalid, Sahadah Hj. Abdullah, Syahrina Abdullah, Saudah Ahmad, Norria Zakaria, Iskandar Adon, Armanurah Mohamad & Donny Abdul Latief Poespowidjojo from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
(price excluding SST)

Synopsis

Keusahawanan merupakan asas kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negara. Kepentingan bidang keusahawanan merangkumi pelbagai faedah sosial dan ekonomi kepada individu, masyarakat dan negara. Bidang keusahawanan telah membantu penjanaan peluang pekerjaan dan penghasilan pelbagai produk menerusi inovasi dan kreativiti usahawan. Impak yang diberikan ini telah meletakkan bidang keusahawanan sebagai teras dalam agenda negara menerusi Model Ekonomi Baharu dalam mentransformasikan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Pembangunan keusahawanan bermula dengan pembentukan budaya keusahawanan di peringkat awal sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan kepada Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015- 2025, pihak Kementerian Pendidikan telah memberi penekanan kepada usaha membangunkan graduan holistik, seimbang serta bercirikan keusahawanan. Sehubungan itu, modul ini telah direka bentuk dengan mengambil kira Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) 8 iaitu kemahiran mengurus dan keusahawanan. Kemahiran Keusahawanan di bawah domain ini merangkumi pembangunan minda keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. Minda keusahawanan merujuk kepada pemikiran yang mempengaruhi perlakuan pelajar ke arah hasil dan aktiviti keusahawanan, di mana pelajar yang berminda keusahawanan akan mempunyai kecenderungan ke arah inovasi, peluang dan hasil reka cipta baharu. Sementara itu, kemahiran keusahawanan pula meliputi sub-atribut seperti pengalaman keusahawanan, pengenalpastian peluang keusahawanan, toleransi risiko, lokus kawalan dalaman, pencapaian dan ketabahan, serta pengurusan kewangan. Modul ini bukan sahaja sesuai diguna dan dimanfaatkan oleh pelajar dalam jurusan perniagaan dan keusahawanan, malah turut sesuai bagi pelajar dalam lain-lain bidang bagi menjana budaya dan kemahiran keusahawanan. Dengan liputan yang komprehensif dalam pelbagai aspek keusahawanan, modul ini turut sesuai dijadikan rujukan oleh para usahawan terutamanya yang baru mula menceburi perniagaan.

Reviews

Write your review

Recommended