Sindrom Stockholm!
Sesuatu yang tidak pernah diangankan oleh Amalina. Dia telah diculik oleh seorang mafia bernama Tajul Gazi. Bukanlah wang tebusan yang dihendakkan oleh lelaki itu. Sebaliknya, Tajul mahukan anak.
Eh! Ada ke wanita yang mahu melahirkan anak kepada penjahat seperti Tajul?
Amalina pada mulanya takut akan lelaki itu. Riak wajahnya bengis dan lelaki itu memang kaku. Tetapi setelah beberapa minggu ditawan Tajul, Amalina sendiri yang sudi dinikahi lelaki itu. Keputusannya menimbulkan rasa tidak senang kepada ibunya. Namun tiada siapa dapat menolak kehendak lelaki seperti Tajul.
“Saya nak culik anak pak cik jadi hak saya. Saya nak dia kenal saya. Saya nak kahwin dengan anak pak cik. Dan saya nak Amalina lahirkan anak saya. Pak cik setuju ke tidak? Cakap terus terang.” -Tajul
Aneh! Mengapa Amalina mahu lelaki persis itu?
Lelaki hati kering itu ada istimewanya kepada Amalina. Hanya orang tertentu mengenali keperibadian Tajul.
“Aku tahu kau baik, Taj. Aku tak peduli kalau semua orang kata kau jahat.” Amalina
“Selagi aku ada... aku akan jaga kau baik-baik, Amal.” Tajul
Tetapi siapakah Tajul ini sebenarnya? Semudah apa hidup Amalina setelah bersuamikan lelaki antagonis ini? Tidak mudah! Cubaan, hidup mereka bermain dengan bahaya. Terpisah jauh setelah Tajul terperangkap dalam permainan bahayanya.
Tetapi lelaki seperti dia, berpantang maut sebelum ajal. Demi Izara dan Amalina yang dikasihinya dia berusaha untuk terus hidup. Dunia kotor itu mahu dijauhkan. Mampukah Tajul dan Amalina hidup seperti orang lain?
Reviews
Super Best
by anafati on November 07, 2020
Kalau ada 10 bintang mmg aku dh kasi dh!
LELAKI ANTAGONIS
by Norhanis fatihah on February 10, 2021
srs best giler. first time kot baca novel dari author..saya suka jln citer nih
Best
by nurulsyazleeyana on February 11, 2021
Best
Lelaki Antagonis
by Athirah Emir Bt Mohamad Arrif Emir on February 22, 2021
Best!!!
LELAKI ANTAGONIS
by RUBIA ENTOH on May 11, 2021
Terbaik..suka watak hero sebagai suami ayah penyayang yang sentiasa Ada melindungi keluarga dia terutama bila part kes buli anak anak dan isteri dia..wow best...Tajul yang bengis dan Amalina yang becok lucu
Lelaki Antagonis
by Nur Harsyikin Badri on May 30, 2021
besttt suka sgt sbb lain dari yang lain
LELAKI ANTAGONIS
by Nurcahaya Abadi on April 20, 2022
Antara My favourite novel karya FR/AZ…lupa dah berapa kali ulangbaca….
nuhara
by Nu Hara on January 15, 2023
bestttt
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.