Bahasa Melayu. 1 by Khuzaiton Zakaria
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Title:
Bahasa Melayu. 1
Author:
Khuzaiton Zakaria
Category:
General Academics
, School Exercise
, Language & Dictionary
ISBN:
978-967-2912-51-4
Publisher:
Penerbit UMK
File Size:
8.40 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Buku Bahasa Melayu Tahap 1 ialah buku teks pengenalan Bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa yang mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi. Buku teks ini ditulis sebagai panduan dan rujukan para pelajar antarabangsa untuk memahami asas-asas bahasa Melayu bagi membolehkan mereka menguasai bahasa Melayu semasa belajar dan tinggal di Malaysia. Buku ini juga boleh membantu pelajar antarabangsa bertutur dalam bahasa Melayu dengan rakyat tempatan di mana sahaja mereka berada di Malaysia.
Buku ini mengandungi tiga bab yang merangkumi sukatan pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi 1 iaitu Bab 1 (Bunyi dan Sebutan), Bab 2 (Saya, Kawan dan Keluarga) dan Bab 3 (Persekitaran). Buku ini juga menyediakan cakra padat bagi akitiviti mendengar. Secara umumnya, buku ini menyentuh aspek seperti bunyi, sebutan, situasi memperkenalkan diri, kawan dan ahli keluarga, mengetahui situasi persekitaran dan aktiviti perbualan ketika berkomunikasi dengan rakan dan masyarakat tempatan dalam bahasa Melayu.
Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan terutamanya Azlinda bt. Zukri, Norshazrina bt. Sabri, dan Mohd Firdaus Abdullah yang membantu serta memberi pandangan dalam menyiapkan buku ini. Terima kasih juga kepada penerbit Universiti Malaysia Kelantan yang telah menerbitkan buku ini dengan jayanya. Semoga buku ini dapat membantu pelajar antarabangsa menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.