Modul Aktiviti Mesra Digital Bahasa Melayu Tingkatan 3 by Norlina Zainal, Suhaimi Khalid, Mohd Isham Embong, Jaya Masir
Synopsis
Bagi memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
dan Pentaksiran Pusat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, siri Mesra Digital KSSM ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
dan Pentaksiran Pusat (PP) baik dari segi latihan mahupun
penilaian yang disediakan. Malah siri ini bersifat Mesra PBD
dengan menyediakan garisan bertebuk/gunting bagi
memudahkan urusan pemfailan bahan eviden. Selain itu,
kandungannya dibina berdasarkan kehendak Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, format
pentaksiran, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Elemen-elemen ini digabungjalinkan dengan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT); i-THINK; Sains, Teknologi,
Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM); Hayati, Eksplorasi, Berfikir Aras Tinggi (HEBAT); Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM); Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21); Modul Pendidikan Sivik; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; nota dan praktis bagi memastikan murid dapat menguasai silibus dan pelajaran. Persembahannya pula diolah secara
integrasi untuk memudahkan murid memahami kesemua
elemen yang diterapkan dalam siri ini.
Siri ini turut dilengkapi dengan elemen Mesra Digital dan
Mesra Google Classroom seperti video tutorial, video, pautan
digital, praktis digital, praktis ekstra digital, audio, interaktif 3D
dan sebagainya yang bersesuaian dengan tranformasi
pendidikan seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025.
Dengan persembahan Mesra PBD, Mesra Google Classroom,
Mesra Digital serta pendekatan secara dinamik, holistik, inovatif,
dan kreatif ini, siri Mesra Digital KSSM diharapkan dapat
melahirkan murid yang dapat menguasai pelajaran dan
kemahiran tanpa bergantung pada elemen konvensional
semata-mata.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.