Pengurusan Awam Baru Pempolitikan Dalam Sektor Awam Malaysia by Ahmad Faiz Yaakob & Karini Aboo Talib @ Khalid
Synopsis
Pengalaman Barat mengakui kesukaran dan ketidakcekapan akan timbul jika politik dan pentadbiran diurus secara berasingan. Oleh itu, Barat memperkenalkan model Pengurusan Awam Baru (PAB) hasil evolusi birokrasi dan pengurusan saintifik bagi membenarkan campur tangan politik mengatasi suasana gridlock dalam pelaksanaan dasar awam. Ironisnya, Malaysia mengalami evolusi pentadbiran awam yang berbeza. Buku ini mengupas titik-temu politik dan pentadbiran yang sudah berakar dalam birokrasi, pengurusan saintifik dan PAB yang mana ia berbeza dengan pengalaman negara-negara Anglo-Saxon. Perbezaaan ini menggesa agar PAB ditakrif dan diurus semula dengan memperkenalkan procedural justice untuk menyelaras sempadan campur tangan politik dalam pengurusan awam bagi memperkasa integriti dan akauntabiliti pentadbir awam.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.