Senyuman Nadia by Izatul Husna
Synopsis
Kehadiran Nadia di dunia tanpa seorang ibu, mungkin dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. Ramai menganggapnya sebagai seorang pembunuh. Punca ibunya meninggal semasa melahirkannya. Bukan Nadia yang pinta. Syukur, ayah menjaga Nadia serba lengkap bak seorang puteri, terima kasih ayah! Dan seorang abang yang sentiasa menyakitkan hati. Urgh!
“Kamu minat ke muzik-muzik ini? Setahu ayah, kamu minat memasak.” - Ayah
“Nabil serba boleh ayah. Memasak boleh, bertukang boleh, mengaji boleh, main alat muzik lagi boleh.” - Nabil
Namun, perlahan-lahan hidup yang disulam dengan warna-warni, semakin malap. Dimamah takdir.
“Nabil, ayah kagum dengan kamu. Macam-macam kerja rumah kamu boleh buat. Ayah rasa macam ada dua orang anak perempuan pula. Hahahaha!” - Ayah
“Nabil, dia dah … tak ada.” - Nazafi
Apa yang bakal terjadi kepada Nadia?
Senyuman Nadia merupakan sebuah novel mini yang menceritakan sejarah tiga orang watak dari Permulaan Szanpiy dan petunjuk bagi novel kedua iaitu Misi Szanpiy.
Reviews
Buku dia pendek, ada 72 m/s je tapi ada macam-macam yang jadi dalam cerita ni. Nak nangis baca ending dia. Awal cerita lagi dah sedih, ingatkan ada lah pengakhiran yang bahagia untuk keluarga diorang. But, nope. It just get more depressing as the storyline goes on. Satu yang kurang, watak jahat tak dapat nak difahami. Kenapa dia nak buat macam tu? Mungkin patut ada backstory sikit for the villain terangkan kenapa dia tak suka Cikgu Zainal sampai sanggup nak bunuh orang. But overall, buku ni best! Boleh lah baca santai-santai lepas siap kerja sekolah.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.