Encik Separuh Jiwa by CYDA YUSOF
Synopsis
[ EDISI EBOOK ] Siapa sangka, ketika hati benar-benar dikecewakan, Tuhan membuka jalan untuk cinta yang baru. Tuhan beri apa yang kita perlu, tapi bukan apa yang kita mahu. Namira Rasyifah, ditinggalkan oleh Rizal, kekasihnya ketika hampir kepada hari untuk mengikat tali pertunangan. Hati mana yang tidak kecewa? Kecewa dan sakit hatinya membawa kepada pergaduhannya dengan seorang lelaki ketika mahu beratur membeli tiket LRT.
Amirul Nazmi, kecewa kerana tunangnya meminta pertunangan mereka diputuskan. Amir yang tidak mahu melepaskan Elia sedaya upaya cuba menarik semula perhatian tunangnya itu. Amir tidak rela untuk berpisah dengan pengarang jantungnya. Kerana terlalu sayangkan Elia, hanya kerana Elia, Amir sanggup memaki perempuan lain tanpa sedikitpun perasaan hormat. Di stesen LRT itu menjadi saksi Amir menerima tamparan dari seorang gadis kerana biadap.
Encik Separuh Jiwa itu datangnya berpakej. Dia datang dengan cinta dan keikhlasan. Tak perlu dicari, tapi dia yang datang mencari. Follow the flow! - Nami.
Cinta seorang wanita diukur disaat lelaki itu tidak punya apa-apa, cinta seorang lelaki itu pula diukur disaat lelaki itu punya segala-galanya! - Amir
Reviews
thanks
Hai, saya sedih dan kecewa....baca sinopsis best dah..mula nak baca je terus muka surat banyak kosong, jarak jarak yang besar ya.. Apani...tolonglah... bagi saya full download novel. Membazir lah camni,
Sangat best..worth to read
Sebuah cerita tentang dua hati yang dikhianati dan bertemu dengan cara yang tak disangka..
jalan cerita dia biasa2..bile part kawan dia copy status Facebook dkt kertas a4 mcm kelakar pulak..screenshot jer kan boleh..kalau zaman skrg sikit jer tampar tumbuk dekat tmpt publik dh viral dah muka kat mane2 ..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.