ASH & AISH by Maya Adira
Synopsis
Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia? Ashrafi Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa. Aisha Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega. Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia. Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu. “Kenapa awak boleh nampak saya?” ~ Ashrafi “Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak.” ~ Aisha Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi. “I saw your worst but I still stay.”
Reviews
suka sangat jalan cerita novel ni dan serba-serbi pengetahuan baharu dapat ditimba, kudos to the writer! tak sabar nak tengok adaptasi novel ni ke megadrama astro ria soon hehe
Overall, jalan cerita simple dan seronok! Konflik yg ada pun tidak berlarut panjangnya. Cuma ada beberapa typo dlm ni kurang senang sikitlah nak baca.
Best cerita.. dah baca novel.. straight to the point, tak melarut.. tngok drama baru episod dua dah nmpk best jln cerita
menarik dan tak meleret. saya baca novel dulu sebab takut tertengok drama.
Best..Cerita tak Cliche
Bestttt ☺️
Bestttt sangat
Novel yang simple and sweet ♥️
Terbaik dari Maya Adira. Kelakar,sedih,terharu,marah semua diadun dengan baik sekali. Lepas ni boleh tengok drama pulak
Good story walaupun unrealistic
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.