LEKSIKOLOGI DAN LEKSIKOGRAFI ARAB by DR. ZULKIPLI BIN MD ISA

LEKSIKOLOGI DAN LEKSIKOGRAFI ARAB by DR. ZULKIPLI BIN MD ISA from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
ISBN: 9789672608561
File Size: 36.02 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Leksikologi dan leksikografi ialah dua cabang ilmu yang berada di bawah bidang linguistik moden. Fokus bidang leksikologi adalah kepada kosa kata/مفردات اللغة sesebuah bahasa atau dikenali sebagai leksikon. Manakala fokus utama bidang leksikografi pula adalah kepada penulisan atau pembikinan sesebuah kamus yang ditulis mengikut teknik-teknik tertentu dalam pengumpulan dan penyusunan kosa kata sesebuah bahasa. Walaupun penggunaan istilah leksikologi dan leksikografi ini dianggap baru bagi kajian bahasa di dunia Arab,  namun konsep dan teori yang dikupas dalam kedua-dua bidang ini jugalah menjadi asas utama dalam kajian berkenaan kosa kata Arab serta proses pengumpulannya dalam sebuah kamus. Kesepaduan antara bidang leksikologi dan leksikografi dalam pengkajian dan pengumpulan kosa kata Arab sukar untuk dipisahkan dan sesuai dikupas dalam satu bidang perbahasan yang dinamakan ilmu perkamusan Arab. Oleh kerana itu, buku ini akan menggunakan istilah المعاجم اللغوية العربية sebagai terjemahan kepada leksikologi dan leksikografi Arab kerana kewujudan kamus-kamus Arab yang ada pada hari ini adalah manifestasi kesepaduan kedua-dua bidang leksikologi dan leksikografi Arab. Buku ini akan mengupas dengan terperinci teknik-teknik penyusunan kamus oleh para ulamak Arab yang dibina berdasarkan teori berkaitan kosa kata Arab. Kupasan akan dibuat melalui sorotan persejarahan terhadap penulisan kamus-kamus Arab oleh para ulamak Arab bersekali dengan kupasan perbandingan isu-isu yang wujud dalam bidang perkamusan antara dunia Arab dan linguistik barat. 

Reviews

Write your review

Recommended