KHALAF ESABEL by Jaja Ahmad
Synopsis
BLURB KHALAF ESABEL
Pertemuan semula diantara Khalaf dan Esabel telah membuka semula sejarah lama yang cuba dipadamkan dari ingatan. Melihat perubahan Esabel membuatkan Khalaf rasa terhukum dengan kesilapan lalu. Khalaf cuba mencari ruang untuk mendekat tetapi Esabel tegas mengelak.
Cuba untuk lari dari Khalaf, Esabel bersetuju untuk menjadi isteri kedua Alan. Tetapi segala perancangan menjadi kucar kacir dengan kehadiran Marsha. Esabel dilukai buat kali yang kedua dan Khalaf mengambil kesempatan itu untuk cuba menebus kembali kesilapan lampau.
Namun segalanya tidak mudah bagi Khalaf apabila berurusan dengan Esabel yang semakin kuat memberontak. Khalaf buntu dan terus dipersalahkan atas apa yang telah terjadi.
“Memang I bersalah. But it takes two to tango Esabel. You datang kepada I dengan rela, bukan atas paksaan.” – KHALAF
“Sebab I percayakan you! I percaya yang you betul-betul cintakan I dan you akan sentiasa ada dengan I selamanya.” – ESABEL
Perkahwinan yang disangka mampu mengembalikan segala yang hilang rupanya hanya batu loncatan buat Esabel. Kehidupan liarnya membuatkan Khalaf semakin dihambat dengan dosa sendiri. Pelbagai cara dilakukan untuk memulihkan semula keadaan di antara mereka tetapi kedegilan Esabel membuatkan Khalaf hampir berputus asa.
“Tell me what else I can do to make you believe that I love you. Tell me!”- KHALAF
“You left like I was never a reason to stay. So tell me, why should I trust you?”-ESABEL
Kesilapan mereka yang lalu telah membawa kepada kehancuran yang bukan mudah untuk dipulihkan. Lalu, siapa yang harus dipersalahkan?
And like the moon, we must go through phases of emptiness to feel full again.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.