SAYANGKU ISHA ZAHARA by Arsya Aisya
Synopsis
BLURB SAYANGKU ISHA ZAHARA
Isha Zahara, come with me - Adam
Sebaris kata yang merubah seluruh putaran dunia seorang Isha Zahara. Kata-kata dari seorang lelaki yang dia tak pernah idamkan akan muncul dalam hidupnya. Tapi… kenapa lelaki itu sering hadir di hadapannya? Bukan! Bukan di hadapannya tetapi setiap kali dia dalam kesusahan. Adakah ianya hanya kebetulan? Oh, tidak! Isha tidak percayakan itu semua.
Isha… dia mengimpikan kisah cintanya seromantis pasangan bercinta yang sering dilihatnya tetapi kenapa Hud menyuruhnya berkahwin dengan Adam sedang dia mencintai Adib?
Sejak itu, segalanya menjadi haru biru. Kenapa tulisan kisah cinta dia tidak seindah kisah dongeng yang dia lihat? Kenapa dia perlu berkahwin dengan Adam yang sudah ada kekasih sejak kecil? Mampukah lelaki itu berikan dia bahagia andai Adam begitu setia dengan cinta pertamanya?
I love him, pa - Isha Zahara
Love or lust? - Hud Wazir
Lain pula bagi Adam. Dilamar menjadi suami Isha Zahara bagaikan bulan jatuh ke riba. Hanya dia yang tahu tentang cinta yang sering didendang di kaki langit tetapi tidak pernah berbunyi di lantai bumi.
Saya perlukan sebab untuk hati saya tak goyah, Adam - Isha Zahara
Janji manusia boleh dimungkiri Isha. Jangan bina hubungan kerana suatu alasan atau disebabkan oleh janji… - Adam
Isha Zahara lupa antara dia dan Adib ada lingkaran sejarah yang tak mungkin dilupakan oleh Hud Wazir. Malah gadis itu terlupa bahawa dalam garisan masa itu ada terselit kisah indah antara dia dan Adam. Tetapi seorang Adam tak mungkin akan lupa dan tak pernah sesekali melupakan…
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.