Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan. Jilid 2 by Mohd Azul Mohamad Salleh & Normah Mustaffa.

Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan. Jilid 2 by Mohd Azul Mohamad Salleh & Normah Mustaffa. from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-251-545-6
Publisher: Penerbit UKM
File Size: 4.54 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Teori merupakan satu elemen penting dalam menjalankan penyelidikan. Selain menjadi panduan bagi seseorang penyelidik menjalankan kajian, teori juga dianggap sebagai penyelesai masalah kepada sesuatu isu yang berlaku di persekitaran pengkaji. Teori juga dapat mencari penjelasan, memberi penerangan, membuat ramalan dan mengawal seseorang penyelidik menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk korpus ilmu media dan komunikasi. Teori dan model dalam bidang pengajian media dan komunikasi penting sebagai tunjang untuk membina teoretikal sesuatu kajian yang saintifik. Teori dalam korpus ilmu media dan komunikasi dapat menyatakan kesan dan keadaan sesuatu media dengan menghasilkan data dan hasil kajian yang empirikal. Pengaplikasian teori dan model dalam media dan komonikasi dapat memberi pengetahuan tentang bagaimana sesuatu media dan organisasi media memberi kesan dan panduan kepada khalayak serta organisasi. Pengaplikasian ini dapat menilai pengetahuan dan pengalaman khalayak terhadap peranan media melalui pembacaan, penontonan, pendengaran dan penglihatan dalam sesuatu penyampaian mesej atau maklumat melalui kepelbagaian media. Pembinaan dan perkembangan teori dan model dalam media dan komunikasi dapat dihasilkan melalui penyelidikan, perbincangan, wacana dan penulisan. Oleh itu, dari semasa ke semasa teori dan model akan menjalani transformasi disebabkan pemeriksaan, penambahan dan pengubahsuaian yang disokong oleh sesuatu penyelidikan yang sistematik dan empirikal.

Reviews

Write your review

Recommended