Leksikal Asing dalam Bahasa Melayu by Sharifah Raihan Syed Jaafar.
Synopsis
Buku Leksikal Asing dalam Bahasa Melayu ini ada sebuah buku suntingan yang membincangkan leksikal asing yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada leksikal asing ini telah pun diserap dan menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu. Penyerapan leksikal asing merupakan satu fenomena lazim yang berlaku ke atas bahasa-bahasa alamiah yang disebut sebagai satu proses peminjaman kata. Peminjaman kata asing dalam sesuatu bahasa berlaku atas sebab-sebab tertentu, antaranya adalah untuk tujuan komunikasi, keperluan semasa, kemajuan teknologi, perkembangan ilmu,dan sebagainya. Sehubungan itu, bab-bab yang terkandung dalam buku ini telah membincangkan penggunaan leksikal asing yang dominan yang ada dalam bahasa Melayu seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Sanskrit, Inggeris dan Portugis.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.