Ferobendalir: Model Matematik & Penyelesaian by Anuar Jamaludin, Rohana Abdul Hamid, & Roslinda Nazar.
Synopsis
Ferobendalir merupakan satu daripada nanobendalir istimewa, Menyedari akan keistimewaannya, maka buku Ferobendalir: Model Matematik & Penyel saian ini memperkenalkan tiga model matematik ferobendalir yang berbeza kepada pembaca, Selain itu, kaedah dan penyelesaian bagi setiap model matematik ini turut ditunjukkan serta dibincangkan secara komprehensif. Buku yang mempunyai lima bab ini mengandungi tajuk- tajuk utama seperti Sains dan Teknologi Ferobendalir, Model Matematik Ferobendalir dengan Kesan Olakan Campuran, Medan Magnet dan Radiasi Terma, Model Matematik Ferobendalir dengan Kesan Medan Magnet, Tiupan Stefan, Termoresapan, Gelincir Halaju dan Gelincir Terma, Model Matematik Ferobendalir Berdebu dengan Kesan Medan Magnet dan Pelesapan Likat serta Perbandingan Model Matematik Ferobendalir dan Ferobendalir Berdebu. Kandungan buku ini bukan sahaja sesuai dan berguna kepada ahli akademik, dan penuntut di institut pengajian tinggi, tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang meminati bidang pemodelan matematik dan matematik gunaan.
Reviews
Senaskah buku yang lengkap dalam menerangkan model matematik serta kaedah penyelesaiannya bagi pelbagai masalah aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba ferrobendalir dan ferobendalir berdebu. Gaya penulisan yang mudah difahami disertakan dengan contoh yang praktikal menjadikannya sesuai untuk pelajar dan penyelidik bidang matematik gunaan. Ia adalah rujukan yang berguna dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin memahami aplikasi matematik secara lebih mendalam.
Buku yang lengkap dengan penerangan tentang permasalahan ferobendalir serta dinyatakan juga metodologi penyelesaian yang lengkap dan sesuai dengan bidang matematik gunaaan. Malah, penulisan yang disampaikan mudah difahami oleh umum dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan.
Saya tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam memperkenalkan konsep ferobendalir. Penyusun isi kandungan sangat sistematik. Dengan adanya bab khusus tentang medan magnet, radiasi terma, gelincir halaju, dan pelesapan likat, saya dapat melihat bagaimana konsep-konsep ini digunakan dalam pemodelan bendalir. Saya rasa buku ini bukan hanya sesuai untuk ahli akademik dan pelajar universiti, tetapi juga untuk sesiapa yang mempunyai minat terhadap bidang pemodelan matematik dan teknologi bendalir.
Saya amat tertarik dengan buku ilmiah ini kerana buku ini berjaya untuk menjelaskan permodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba dengan baik kepada pelbagai lapisan masyarakat. Buku ilmiah ini amat sesuai untuk mendedahkan kepentingan dan aplikasi aliran lapisan sempadan ferobendalir, terutamanya kepada pelajar sekolah yang secara kebiasaanya tertanya-tanya mengenai tujuan mempelajari ilmu matematik. Tahniah kepada para penulis dan teruskan usaha untuk menerbitkan buku ilmiah yang seterusnya.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.