Katsuro - Warkah dari Hokkaido by Syauqie M.K.

Synopsis
NABILA AMRI dikejutkan apabila potret hasil karya arwah ayahnya muncul di ruang pameran GESTURZ, UiTM. Potret yang menemukan ibu dan ayahnya dahulu dikhabarkan terbakar sudah lebih dua dekad. Nabila nekad mendapatkannya kembali.
Berbekalkan sepucuk surat dan gambar lama kiriman zaman Perang Dunia Kedua, KATSURO SATOSHI tiba di Kuala Lumpur. Satu wasiat harus dilunaskan. Namun, dia harus menelusuri kisah lebih 70 tahun lalu.
POTRET SUHANA menemukan mereka secara kebetulan.
Ketika dua jiwa mula bertaut, ribut datang melanda.
Bahaya dan cabaran menanti apabila mereka perlu berhadapan dengan sebuah sindiket dikepalai seorang tokoh perniagaan dan pengumpul koleksi seni bernilai puluhan juta ringgit. Seorang yang menyimpan rahsia tiga generasi. Seorang yang sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki potret tersebut.
Rahsia di sebalik potret bakal merungkai segalanya...
=====
Syauqie M.K.
Bahasa Melayu
Reviews
Cerita yang best, tapi ending ada unsur-unsur cliff-hanger sikit. Ada sequel kah?
Menarik untuk dijadikan bahan bacaan santai walaupun ada sedikit plot twist..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.