Seikhlas Cinta Kayla by MIA AZWARI

Seikhlas Cinta Kayla by MIA AZWARI from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: MIA AZWARI
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2467-50-2
File Size: 3.91 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla.
Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan.
‘Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!’ -Kayla
Setelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya.
“Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?” – Datin Yasmin
“Tahu… umi.” – Kayla
“Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?” -Datin Yasmin-
Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu.
Setelah beberapa tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah.
“Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang.” -Kayla
“Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi.” – Aryan
Ikhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?

Reviews

Seikhlas cinta kayla
by Amirah Syafiqah on February 19, 2023

SANGAT BEST

Write your review

Recommended