Kepemimpinan dan Dakwah Pendidikan Tinggi Islam: Suatu Naratif Baharu by Mahazan Abdul Mutalib & Dzulkifli Abd Razak,

Kepemimpinan dan Dakwah Pendidikan Tinggi Islam: Suatu Naratif Baharu by Mahazan Abdul Mutalib & Dzulkifli Abd Razak, from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
ISBN: 978-967-0001-92-0
Publisher: PENERBIT USIM
File Size: 6.42 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

uku ini membincangkan hala tuju universiti terutamanya universiti Islam bagi mendepani kesan kolonialisasi gaya baharu kepimpinan tinggi. Sejarah ribuan tahun penglibatan dan sumbangan orang Islam dalam membawa ilmu ke satu peringkat yang lebih tinggi bagi mendekatkan diri   seorang hamba kepada Maha Pencipta sering kali diketepikan apabila kita mendefinisikan kecemerlangan universiti dewasa ini. Perkara ini bukan baharu dan tidak hanya membelenggu akademia Islam malahan  dibincangkan di seluruh dunia. Kesan kolonialisasi dan imperialisma pemikiran ialah satu realiti yang tidak  seharusnya diketepikan atau dilupakan. Isu kepimpinan universiti Islam yang dibincangkan dalam buku ini dipadankan dengan konteks Dakwah Islamiyyah. Ini kerana pendidikan ialah asas utama gerakan dakwah yang mementingkan kefahaman yang utuh mengenai ilmu-ilmu berkaitan agama Islam khususnya berkaitan keimanan, syariah Islamiyyah, serta akhlak dan adab Islam. Buku ini ditulis sebagai olahan lengkap Syarahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam, yang telah dianugerahkan USIM menerusi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) kepada YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri (Dr.) Dzulkifli Abd. Razak pada sesi Majlis Konvokesyen USIM kali ke-17 pada 26 November 2019. Penganugerahan disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. 

Reviews

Write your review

Recommended