Tutorial Asas Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian by SUHAIZAL HASHIM

Tutorial Asas Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian by SUHAIZAL HASHIM from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: SUHAIZAL HASHIM
Category: General Academics
ISBN: 978-629-7566-05-4
Publisher: Penerbit UTHM
File Size: 33.13 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Terhasilnya buku ini adalah atas hasrat untuk berkongsikan sedikit pengetahuan mengenai kepelbagaian aplikasi atas talian terkini yang sering digunakan dalam bidang pendidikan kepada para pendidik dan juga pelajar. Sejajar dengan kehendak pendidikan abad 21, atas kesedaran bahawa masih ramai lagi golongan pendidik di luar sana yang kurang pasti mengenai kesediaan perisian-perisian atas talian yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran mereka.

Perkembangan pesat teknologi dan komunikasi memerlukan tahap pengetahuan golongan pendidik dan pelajar yang sentiasa peka terhadap kepelbagaian aplikasi pendidikan terkini atau sedikit terkebelakang. Hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai banyak masa dan minat untuk meneroka teknologi baru yang tersedia di atas talian. Justeru, perkongsian ini amat bermakna bagi membantu para guru atau pelajar-pelajar sebagai bakal pendidik di masa hadapan.

Bahan dalam penulisan buku ini adalah dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk pengalaman penulis sendiri, buku-buku rujukan terkini, artikel dan laman web yang berkaitan tidak lupa juga idea daripada para pelajar. Oleh yang demikian, buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh golongan pendidik dalam meneroka pengalaman baru dalam pengajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad 21 yang serba mencabar ini.

Reviews

Write your review

Recommended