Kemahiran Keibubapaan Terhadap Remaja Menurut Perspektif Islam by Izzah Nur Aida Zur Zaffar, Salasiah Hanin Hamjah, A’dawiyah Ismail.

Kemahiran Keibubapaan Terhadap Remaja Menurut Perspektif Islam by Izzah Nur Aida Zur Zaffar, Salasiah Hanin Hamjah, A’dawiyah Ismail. from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-251-907-2
Publisher: Penerbit UKM
File Size: 3.32 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Anak-anak adalah buah hati dan harta keluarga yang amat bernilai. Mereka adalah amanah Allah SWT kepada ibu bapa yang perlu dipelihara, dibimbing dan dididik sehingga dewasa agar menjadi manusia yang bermanfaat kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara. Sehubungan itu, ibu dan bapa selaku individu penting dalam institusi kekeluargaan perlu memainkan peranan bersama-sama dalam mencorakkan anak-anak sejak dari kecil agar keluarga mencapai kesejahteraan dan redha Allah SWT. Menyedari kepentingan ini, buku ini ditulis bagi memberikan panduan dan motivasi kepada kaum ibu dan bapa untuk mengetahui dan seterusnya mengamalkan kemahiran keibubapaan sebagaimana tuntutan Islam dan sunnah Rasulullah SAW dalam pendidikan anak remaja. Buku ini juga boleh dimanfaatkan kepada institusi badan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pelaksanaan program dan modul berkaitan rumah tangga, remaja dan kekeluargaan. Seterusnya, buku ini sangat berguna kepada kaunselor Muslim, pelajar, pendakwah serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dalam bidang pembangunan remaja dan keluarga. Kemahiran keibubapaan yang diketahui seterusnya diamalkan dalam keluarga diharap dapat membimbing masyarakat Muslim ke arah kesejahteraan dalam hidup malah berupaya mengatasi masalah berkaitan remaja, rumah tangga dan kekeluargaan yang berlaku pada masa kini.

Reviews

Write your review

Recommended