Keusahawanan: Ekosistem dan Prestasi by Zulnaidi Yaacob
Synopsis
Keusahawanan yang bernilai tinggi inovatif dan kreatif dapat membuka peluang kepada orang awam untuk terlibat aktif dalam pembangunan negara melalui pewujudan peluang pekerjaan, kemunculan teknologi dan inovasi terkini serta peningkatan daya saing negara. Keupayaan keusahawanan untuk menyumbang dalam pelbagai dimensi menjadikan kejayaan perniagaan juga wajar dinilai secara multidimensi merangkumi dan melangkaui aspek kewangan. Selepas sekian lama pembangunan keusahawanan di Malaysia dinyatakan secara tidak langsung melalui pelbagai dasar, Malaysia telah melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 sekali gus menggambarkan komitmen lebih jitu pihak kerajaan terhadap pembangunan keusahawanan yang lebih terkehadapan. Buku ini ditulis sewaktu dunia dan Malaysia sedang bertarung dengan pandemik COVID-19 yang telah memaksa sebahagian besar daripada aktiviti kehidupan dilalui dengan mengamalkan kelaziman baharu dan hal ini tidak terkecuali kepada usahawan dan perniagaan Sebagai antara sektor yang terjejas teruk aktiviti keusahawanan mendapat perhatian pemerintah di banyak negara kerana sektor ini memainkan peranan strategik dalam menyokong asas ekonomi lokal supaya terus ampuh Sebagai satu tempoh masa yang meletakkan dunia dalam keadaan luar jangka dan ketidakpastian yang sangat tinggi buku ini turut menyentuh isu-isu yang menimpa keusahawanan berkait dengan pandemik COVID 19 yang dilaporkan oleh pelbagai sumber sebagai satu rakaman penting peristiwa manusia untuk rujukan pada masa hadapan.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.