Maalik Hughes by Jaja Ahmad
Synopsis
Dia punya segalanya. Nama, pangkat, darjat dan harta, kecuali cinta. Tetapi segalanya mula berubah apabila dia bertemu dengan Elena. Perasaan ingin memiliki dan menakluki mula mendominasi hati. “Habis tu kenapa tuan bawa saya ke sini? Kenapa tuan kurung saya dekat sini dan sorok semua barang saya?” – Elena “Cause I want you to stay.” – Maalik Mengambil kesempatan atas kesempitan yang dialami oleh Elena, akhirnya Maalik berjaya mendapatkan seorang ‘misus’ buat dirinya. Tetapi tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, pernikahan mereka terpaksa dirahsiakan atas permintaan Elena sendiri. Seperti perkahwinan yang lain, hubungan suami isteri Maalik dan Elena juga ada pasang surutnya. “Tuan tak pernah percayakan saya, kan?” – Elena “And you never trust me either.” – Maalik Dalam bergolak, hati mula menyimpul rindu bersulam cinta. Maalik dan Elena mula merasai manisnya alam perkahwinan. Maalik seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan mereka semakin bahagia bersama walaupun nama Tasha Yong sentiasa mengganggu fikiran Elena. Kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka kembali bergolak apabila Elena menyambung pengajiannya di universiti. Tanpa pengetahuan Maalik, pelbagai perkara telah dirahsiakan oleh Elena dan saat dia mengetahui semuanya, hubungannya dengan Elena semakin berantakan. “Kalau abang teman El dekat sini semata-mata untuk sakitkan hati El, lebih baik abang balik. I don’t need you, abang. I don’t need you.” – Elena “Yeah I know. You memang tak pernah perlukan abang dalam hidup you, Elena. Cuma abang yang muka tak malu mahukan you.” – Maalik Kepercayaan… pengorbanan… berputus asakah mereka dengan cinta?
Reviews
..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.