MY CHILDHOOD LOVERS by Puteri Aqish

MY CHILDHOOD LOVERS by Puteri Aqish from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: Puteri Aqish
ISBN: 978-967-2474-75-3
Publisher: RMA STUDIO
File Size: 1.20 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

ORANG-orang dulu cakap, kerana pulut santan merasa. Kerana mulut, badan binasa!

Tapi untuk kes Irfan, lain kesnya. Sebab pulut dan mulut, dia bertegang mulut dengan seorang Deeba Nayla Malaika.

“Macamana ni? Customer request, sepatutnya takde alasan tau? Saya tak puas hati untuk pulut kuning ni. Macamana?” – Irfan

“Afiq tak beritahu saya apa-apa pun pasal warna yang Encik Irfan minta. Kalau tahu, saya boleh usahakan.” – Deeba.

“Oh, Afiq tak cakap? Jadi saya kena berurusan dengan dia la sekarang ni? Bukan dengan Cik Deeba? Macam tu?” – Irfan.

Macam ni Encik Irfan. Kalau Encik Irfan boleh tunggu dalam dua, tiga jam lagi… apa yang Encik Irfan nak tu saya boleh tunaikan. Takde masalah.” – Deeba.

Dan rupa-rupanya Deeba adalah kekasih zaman pondok-pondoknya suatu ketika dulu. pertemuan yang menjentik dua rasa yang berbeza terhadap dua jiwa. Bagi Deeba, Irfan sekadar ‘kekasih’ saat diri masih berhingus. Bila sudah menginjak usia dewasa, semua tu terhapus seiring dengan waktu.

Tapi tidak bagi Irfan. Pertemuan ini ada jawapan yang dicari selama mereka berpindah jauh dari Deeba sekeluarga. Terus dituntut kisah comel mereka daripada Deeba.

Erm, cari Deeba kenapa? Deeba ada hutang apa-apa ke sampai tercari-cari sangat tu?” – Deeba.

“Hutang perasaan.” – Irfan

Deeba tak mampu beri reaksi atas permintaan Irfan. Tapi dalam masa yang sama hatinya sedang bertegas dengan seseorang dalam perihal hati dan perasaan. Naufal, lelaki yang gigih dan setia menunggu pintu hatinya terbuka. Namun Deeba tidak terusik dengan kesungguhan Naufal.

Deeba, sampai macam ni sekali awak siksa diri semata-mata tolak perasaan saya. Apa salahnya kalau awak terima je?”– Naufal.

“Saya terima apa je awak nak cakap, Naufal. Cakap la apa yang ada dalam kepala tu. Cuma jangan sampai langgar had sabar saya. Kita dah dewasa. Awak tu sepatutnya lebih dewasa cara pemikiran dari saya. Bukannya lagi kusutkan saya!” – Deeba.

Sehinggalah satu tahap Naufal jatuh sakit gara-gara cintanya yang ditolak sepenuhnya oleh Deeba, dan Irfan alasan terbesar cinta Naufal ditolak oleh Deeba. Keadaan Naufal luluhkan jiwa Deeba. Diri sendiri dipersalahkan. Hingga mengundang rasa tersepit dengan perasaan sendiri.

Mampukan Naufal raih perhatian dan simpati Deeba, dan kemudian merubah cinta gadis itu berpaling terhadapnya? Dan benarkah Deeba ikhlas terima cinta Irfan selama ini? 

Bukan untuk selamatkan diri daripada Naufal semata-mata?

 
 
 
 

Reviews

Write your review

Recommended