Yang Bermukim Di Hati by Lynn Safiya

Yang Bermukim Di Hati by Lynn Safiya from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: Lynn Safiya
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0907-14-7
File Size: 2.82 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Disebabkan semangat yang membara mahu menyambung pelajaran ke luar negara, Aina Yasmin (Min) terpaksa akur pada syarat bapanya untuk bertunang dengan dua pupunya, Ameer Aazad (Aazad), lelaki yang ego, perasan bagus dan jelas membencinya. Lima tahun bertunang, tidak pernah sekali pun mereka berhubung. Pertunangan atas dasar terpaksa dan demi sebuah janji semata-mata tidak mungkin menjanjikan bahagia.

Maka Min nekad memutuskan pertunangan mereka sebaik pulang ke tanah air. Sangkanya tentu Aazad tidak akan membantah kerana sedar lelaki itu amat membenci dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Aazad mengenakan syarat sebelum bersetuju. Syarat yang membuat Min tersepit dan keliru.

Aazad yang pernah hanyut dalam keasyikan dunia suatu ketika dulu, kini telah berubah 100%. Dia kini mahu memburu cinta Min. Mahu berpegang pada janjinya kepada bapa gadis itu. Namun bukan mudah untuk Min menerimanya setelah kata-kata hinaan yang pernah dilemparkan dulu masih memberikan kesan yang amat mendalam di hati.

“Badan kurus sekeping macam jantan, kulit pulak berkilat semacam je, macam terbakar. Eee… aku langsung takde selera nak pandang… Kau tengok aku! Takkan pompuan macam tu layak nak berdampingan dengan orang macam aku ni?” – Ameer Aazad

Sukarnya melenturkan hati seorang Min. Sukarnya menagih peluang kedua daripada gadis yang pernah dilukainya dulu. Namun sukar lagi bagi Aazad untuk mengaku kalah. Gadis itu harus dimiliki walau dengan apa cara sekalipun. Itu tekadnya.

Dalam misi memburu cinta Min, hubungan mereka dilanda dugaan yang hebat. Min begitu mudah mengaku kalah kerana tidak sanggup lagi dilukai oleh lelaki yang sama berulang kali. Cukuplah peluang yang telah diberikan kepada Aazad. Tiada lagi!

Masih adakah peluang bagi Aazad untuk meraih cinta Min? Bisakah dia merawat hati Min yang sudah retak seribu? Benarkah tiada lagi ruang dalam hati Min buat Aazad?

Reviews

Write your review

Recommended