PANDEMIK CABARAN MASYARAKAT ABAD KE 21 by RUZAINI IJON, MOHD KAMIL AHMAD, YOHAN KURNIAWAN, SITI FATHIHAH ABD LATIF
Synopsis
Pandemik: Cabaran Masyarakat Abad ke-21 merupakan usaha untuk menghimpunkan pengalaman yang dihadapi akibat pandemik yang memberi impak yang besar dalam segenap kehidupan masyarakat. Buku ini memberi fokus kepada memahami pengaruh pandemik COVID-19 dalam kehidupan daripada peringkat umum sehinggalah unit terkecil dalam masyarakat iaitu keluarga. Bab-bab dalam buku ini bermula dengan perbincangan berkaitan pandemik dalam sejarah kehidupan manusia. Seterusnya bab 2 membincangkan pendekatan maqasid syariah dalam menghadapi pandemik. Bab 3 dan 4 menumpukan kepada pendekatan penyelesaian berdasarkan kearifan tempatan dan kepimpinan wanita. Perbincangan bab 4, 5 dan 6 pula terarah kepada konteks Malaysia dalam masyarakat majmuk meliputi agama, sokongan sosial dan pendidikan arus perdana. Penulisan buku ini diakhiri dengan bab-bab yang berhubung dengan kesihatan mental dan pendidikan awal kanak-kanak semasa menghadapi pandemik khususnya dalam keluarga.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.