Antologi Rencana: Masa Bukan Sekadar Emas by Ed: Mohd Yatim Dolir, Habibah Ismail & Siti Suriani Othman
Synopsis
Kita sering mendengar perumpaman masa ibarat emas dan masa ibarat pedang. Kepentingan masa dalam kehidupan seharian setiap masa dari kita memang tidak dapat dinafikan lagi. Biarpun kepentingan masa telah ditanam dalam diri sejak kecil, masih ramai yang culas serta masih belum mampu mengawal dan menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Di mana silapnya keadaan itu?
Maka, rencana dalam buku ini mengupas tentang hakikat masa dan kehidupan seharian kita. Di samping peringatan tentang hakikat masa seperti dinukilkan dalam al-Quran dan hadis, karya-karya dalam buku ini tururt menyelitkan tip menguruskn masa dengan lebih baik, serta kupasan lebih kritikan yang melihat dari perspektif psikologi dan sains.
Melalui projek buku antologi rencana ini, karya-karya daripada para penulis rencana dari seluruh negara dikumpulkan dengan latar belakang pengkarya terdiri daripada pensyarah, ilmuan, pelajar, serta ahli masyarakat pelbagai peringkat umur. Melalui karya-karya ini, ilham dan perspektif menarik tentang masa dan kepentingannya disusun menjadi satu koleksi istimewa yang sesuai untuk ditatap oleh setiap lapisan masyarakat.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.