DIA BUKAN ILUSI by Aisya Sofea
Synopsis
Berita kematian tunangnya tiga sebelum pernikahan mereka membuatkan perasaan Juwita dihurung dengan penyesalan. Air mata yang jatuh bukan sedikit. Berbulan dia merana. Jiwanya tidak tenang kerana dosa yang tidak terampun. Kalaulah waktu bole diputar semula. Suatu pagi Ikmal berdiri di hadapannya. Semuanya bagai berulang. Apa yang pernah berlaku, berlaku lagi. Ikmal hidup? Biarpun bukan mudah untuk Juwita percaya pada mimpi, tetapi itulah yang berlaku. Atau apa yang berlaku, realiti sebenarnya? Biarpun ketika Juwita cuba merubah kematian, tetapi takdir itu adalah milik-NYA. Namun kali ini, Juwita reda dengan kematian Ikmal. Perkenalan Juwita dengan Hud Qayyum mencetuskan satu perasaan paling luhur dalam jiwa Juwita. Tetapi apa pula kata orang? Dia baru kematian tunangnya. Cinta pula bukan syarat membina mahligai bahagia. Namun cinta Juwita diduga lagi. Kali ini Hud hilang dalam hidupnya. Apakah kehadiran Hud sekadar mimpi sahaja? Atau lelaki itu sememangnya wujud di dunia realiti cuma dia yang tidak pernah sedar kehadirannya? Mimpi hanya mainan tidur. Atau mungkinkah juga petunjuk akan sebuah cinta abadi?
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.