Variasi Budaya Melayu Kontemporari by MOHD YUSZAIDY MOHD YUSOFF & MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH

Variasi Budaya Melayu Kontemporari by MOHD YUSZAIDY MOHD YUSOFF & MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
ISBN: eISBN978-629-486-291-3
Publisher: Penerbit UKM
File Size: 8.67 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Perubahan sosial, budaya dan global serta teknologi telah memberi kesan terhadap adat, budaya, kepercayaan dan kesenian yang dimiliki masyarakat alam Melayu. Perubahan yang melanda dalam alam Melayu telah membentuk masyarakat yang lebih prihatin dengan kepunyaan mereka miliki. Masyarakat yang penuh mempercayai terhadap adat, budaya dan kepercayaan memperkuatkan mental dan semangat dalam mengharungi kelangsungan kehidupan. Kekuatan ini yang memperkukuhkan lagi kedudukan adat, budaya, kepercayaan dan kesenian yang mereka mewarisi yang telah menjadi simbol identiti dan jati diri. Kesan daripada perubahan faktor itu telah menghasilkan sebuah buku penyelidikan mengenai  pelbagai isu berkait dengan elemen adat, budaya, kepercayaan dan kesenian dalam kehidupan  masyarakat Melayu kontemporari. Buku penyelidikan ini yang bertajuk Variasi Budaya Melayu Kontemporari dapat memberi pengetahuan maklumat yang jelas mengenai adat, budaya, kepercayaan dan keseniaan yang masih diwarisi dan dipertahankan oleh masyarakat alam Melayu. Buku Variasi Budaya Melayu Kontemporari adalah himpunan makalah yang bersifat hasil penyelidikan daripada para penyelidik kontemporari di intitusi pengajian tinggi masih aktif membincang mengenai bidang Pengajian Melayu dalam masa kontemporari dengan menerapkan ilmu budaya, warisan dan kesenian. Buku ini diharap dapat memberi sumbangan yang manfaat kepada perkembangan ilmu pengajian melayu kontemporari.

Reviews

Write your review

Recommended