Falling In Love by Sya Ryanna
Synopsis
Reviews
Best,nice
best sgt jalan citernyer, tp geram dgn watak yasmeen tu.
Apa je definisi Falling In Love pada Raykal ye? Dah berusaha nak tarik perhatian Yasmeen kononnya suka. Bila dah bertunang boleh pulak senyap-senyap pergi peluk-peluk Ellina kat mall? Kata tak ada apa-apa dengan Ellina tapi melayan di belakang Yasmeen? Tipu kata outstation kat Munich, mabuk dan peluk perempuan lain di kelab malam. Lepas dah buat salah besar, senangnya mintak maaf macam salah dia tu perkara enteng dan guna air mata kononnya menyesal sangat? Bila dah kahwin Yasmeen tak sihat boleh pulak suruh pergi klinik sendiri kononnya ada meeting penting rupa-rupanya ada skandal di luar, peluk pinggang perempuan lain? Siapa yang jadi ulat beluncas yang lentok kepala kat Raykal tu sampai ke sudah tidak ada penjelasan. Saya mengharapkan Yasmeen menunjukkan gambar-gambar yang diambil untuk menuntut pencerahan dari pihak Raykal. Sayangnya dia tak buat macam tu. Rasanya penulis dah terlupa nak buat penjelasan tentang perempuan tu sebab tak sabar nak taip ending cerita ini. Buat salah selalu tapi lepas tu asyik suruh maafkan dia? Macam tak ada kesedaran dan keinsafan pun? Ingat hati Yasmeen tu plastik dan boleh dipermainkan? Saya sebagai seorang perempuan boleh merasakan perasaan Yasmeen yang kecewa kerana dicurangi. Walaupun tidak menyokong kerenah Yasmeen yang kelihatan kurang adab dengan suami setelah keinsafan wujud di hati Raykal tapi itulah buah yang tumbuh hasil kecurangan yang berkali-kali dituai oleh Raykal. Sakitnya tu di sini di dalam hati Yasmeen. Maaf, dah spoilkan jalan cerita tapi memang geram dengan kedua-dua hero heroin dalam cerita ini..
I love very much
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.