Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha. Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup.
Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang. Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina.
Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha.
“Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan.” - Qisya Zulaikha.
Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha.
“Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita.” – Nuh Qays
Mampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?
Reviews
Perangkap 2 Hati
by Diyana on August 24, 2018
Tipikal novel melayu
Best
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on September 25, 2019
Huarghhh geram gila dgn piah!!!
smooth
by on May 01, 2020
even cam klise sikit en. tp serius best. comel dan well written tp geram. dia punya watak antagonis tu membuatkan terpikir, macam mana nak pshyco org yg jenis macam tu supaya dia sedar keadaan sekeliling dan itu lah yg ade dlm realiti. ramai yang tau baik buruk suatu tindakan. tp dia tetap tak sedar. dia hanya faham di minda bukan di hati.
Perangakp 2 hati
by Rubina Abd Rahman on June 03, 2020
Best
Perangkap Dua Hati
by RH on January 08, 2022
Cerita meleret.
Perangkap Dua Hati
by on June 11, 2022
Jalan cerita yang menarik.
perangkap 2 hati
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on February 25, 2024
best juga novel Ni.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.