Buat Duit dengan Foto by Muhamad Bin Ali
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Title:
Buat Duit dengan Foto
Author:
Muhamad Bin Ali
Category:
Business & Management
ISBN:
978-967-411-782-5
Publisher:
PTS Publications (PTS Publishing sdn bhd)
File Size:
0.37 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Buku ini ditulis khusus kepada mereka yang
mempunyai hobi dalam bidang fotografi. Hobi merakam
foto kadangkala menghabiskan wang kerana
membeli pelbagai aksesori kamera, kad memori dan
juga bagi mencetak foto. Buku ini memberikan idea
kepada kita supaya hobi ini dapat menghasilkan duit.
Buku Buat Duit dengan Foto ini bukan semata-mata
cetusan idea yang kosong, malah sudah ramai orang
yang mencubanya dan berjaya menghasilkan duit
mengikut kemampuan masing-masing.
Banyak orang beranggapan kamera hanya
mampu bagi mengambil gambar. Anggapan sedemikian
adalah bagi pemilik kamera yang menjadikan aktiviti
merakam gambar sebagai hobi semata-mata. Buku ini
memperkenalkan dan menunjukkan kaedah kepada
pembaca bagi mengubah hobi mengambil gambar
menjadi bentuk perniagaan yang menguntungkan.
Pelbagai gambar biasa seperti potret, pemandangan,
majlis perkahwinan, majlis hari jadi, peristiwa dan yang
seumpama dengannya sebenarnya boleh dijual dalam
keadaan biasa.
Gambar-gambar lain pula boleh dijual dalam
bentuk kad ucapan, poskad, kalendar, cenderamata,
inventori, tuntutan insurans dan banyak lagi. Ada
juga gambar yang mempunyai nilai berita boleh dijual
kepada penerbit akhbar dan televisyen.
Selain menjual foto dan cenderamata berfoto, kita
juga boleh memuat naik foto ke laman-laman tertentu
yang memberikan bayaran untuk setiap gambar kita.
Buku kecil ini tidak bermaksud sama sekali bagi
mengajar kita merakam foto. Buku ini bukan buku tiptip
merakam foto. Sebaliknya buku ini bertujuan bagi
memasarkan foto yang pernah kita rakamkan.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.