[ No Description ]



 



RM 55.00

Bermula dengan minat membaca buku yang mendalam dan kemudiannya berjinak-jinak atau mencuba-cuba menulis ulasan buku, akhirnya lahirlah sebuah buku seperti ini. Sebuah buku yang menunjukkan kegigihan penulis dengan segala kepayahan untuk cuba menerokai dunia idea yang cukup luas. Diibaratkan sebagai sebuah spektrum, yang dari segi idea merangkumi kanan (konservatif), tengah (liberal), dan kiri (radikal), buku ini dikelompokkan kepada beberapa bahagian, iaitu "ekonomi", "krisis ekonomi", "politik", "globalisasi dan antarabangsa", "sistem dunia", dan "Malaysia". Buku ini membahaskan idea para pemikir atau cendekiawan, antaranya termasuklah Karl Marx, Friedrich Engels, Nikolai Bukharin, Rosa Luxemburg, Eric Hobsbawm, Niall Ferguson, Edward Said, Michael Hardt, Antonio Negri, John Sanbonmatsu, Michael Mann, Ernesto Laclau, Robert Paxton, Naomi Klein, dan Michael Moore, David Harvey; ahli ekonomi, seperti John Kenneth Galbraith, Joseph Schumpeter, Hyman Minsky, Joseph Stiglitz, Paul Krugman, Nouriel Roubini, George Alkerlof, Robert Shiller, Thomas Piketty, Robet Skidelsky, George Soros, John Gray, John Cassidy, dan John Bellamy Foster; penggubal dasar, seperti Alan Greenspan dan Timothy Geithner; intelektual Amerika Syarikat yang cuba melakarkan peta dunia pasca-Perang Dingin, seperti Samuel Huntington, Francis Fukuyama, Robert Kaplan, dan Thomas Friedman; dan tiga orang pemikir "geng empat" yang dikelompokkan dalam sistem dunia, iaitu Samir Amin, Immanuel Wallerstein, dan Giovanni Arrighi. Tidak ketinggalan idea beberapa penulis atau sarjana tempatan.
view book