Pernah terbit di bawah Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. Diterbitkan semula dalam bentuk ebook.
Sinopsis:
Sebuah pertemuan yang tidak disangka-sangka. Minn Alia sebagai pembantu rumah, Syakirul pula tuan rumahnya. Pelbagai kejadian yang berlaku sehingga menimbulkan getaran tidak terduga di hati lelaki Syakirul Hafiz. Syak terJ.A.T.U.H C.I.N.T.A!
“Jangan fikir sebab encik ni kacak, kaya, encik boleh buat sesuka hati encik. Mengarah saya itu dan ini adalah bukan skop dan bidang tugas saya. Setakat lelaki macam encik, kat mana-mana pun boleh saya jumpa!” –Minn.
“Awak tak faham hati saya Minn. Awak tak akan faham. Hati saya bukan hati batu macam awak. Saya kalau sekali dah suka, susah saya nak lupa….” –Syakirul.
Ralit dilanda perasaan, Minn Alia tidak sedar dirinya juga sudah mula jatuh sayang. Namun apabila tersingkapnya sebuah kebenaran, Syakirul tidak tegar untuk percaya. Betapa teganya Minn Alia memperolok dirinya! Lantas keputusan diambil, Syak tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana baginya Minn Alia hanyalah setakat bayang-bayang kepada gadis yang dia cinta.
“Saya tak boleh terima awak, awak dah tipu saya… tipu hati saya…” –Syakirul Hafiz.
“Kalau benar dia cintakan kau, dia terima kau, Minn. Baik dan buruk kau dia akan terima… Kau pergilah berbincang dengan Syak semula.” – Syuhada.
“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.