[ No Description ]



 



RM 24.00

Keistimewaan buku Srikandi PhD: Cerita, Cita-Cita dan Cabaran terletak pada fokusnya, iaitu wanita. Berbeza dengan buku ‘self-help’ atau ‘how-to’, Srikandi PhD memberikan gambaran yang jelas tentang perjalanan penulis-penulis melalui naratif peribadi daripada mereka yang menempuhi pengembaraan ini dan mereka yang telah pun sampai ke destinasi. Ini dirasakan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang bakal memulakan perjalanan PhD mereka sendiri atau mereka yang sedang berjuang untuk mendapatkan PhD. Ternyata, menjalani pengajian PhD bukanlah suatu perkara yang mudah. Akronim itu juga sering kali diungkapkan sebagai ‘Permanent Head Damage’ dalam kalangan yang pernah atau sedang melalui perjalanan ini. Bermula dengan proses menyiapkan kertas cadangan untuk memohon tempat sebagai calon PhD hinggalah persediaan untuk menghadapi viva voce, perjalanan PhD berupaya membuatkan seseorang menyerah kalah atau berputus asa. Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan setiap cabaran ada jalan keluar dan hikmah disebaliknya.
view book