Buku ini khas untuk mereka yang ingin meneroka bidang penulisan kreatif, khasnya puisi, serta sajak dan pantun. Penulis yang mahu memperbaiki diri boleh menimba pengetahuan daripada pengalaman berkarya Sasterawan Negara Zurinah Hassan yang memberikan panduan dan teknik-teknik menulis puisi, cara-cara menyuarakan perasaan dan pemikiran serta pelbagai sumber untuk mendapat idea atau ilham. Untuk menjadi seorang penulis yang baik, kepentingan bahasa dalam kehidupan perlu difahami dengan jelas kerana setiap idea yang datang perlu disimpan sebaik-baiknya untuk rujukan pada masa hadapan di samping menyebarkan pengetahuan dan pengalaman. Proses penulisan memerlukan kesungguhan dan kerajinan. Perlu rajin membaca dan menulis untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memperkayakan perbendaharaan dan kosa kata serta menajamkan kebolehan menulis.“Zurinah Hassan mencipta gaya penulisan yang cukup unik di Malaysia. Gayanya dilihat sebagai membawa metafora dan diksi yang sesuai, tepat dan oleh itu lekat pada ingatan.â€Muhammad Haji Salleh
Sasterawan Negara & Tokoh Akademik Negara
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.