[ No Description ]



 



RM 15.00

Tun Saban Pengasas Hulu Perak: Persejarahan dan Kelestarian Warisan menampilkan perdebatan yang luas dan terperinci tentang asal usul, sejarah dan warisan Tun Saban selaku tokoh pengasas dan pembesar yang berkuasa di Hulu Perak sebelum kesultanan Melayu di negeri Perak diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah I pada tahun 1528. Perbincangan dibahagikan secara berfokus kepada dua bahagian yang mengandungi 17 bab. Bahagian A khusus membincangkan aspek persejarahan Tun Saban dalam merintis asas penerokaan Hulu Perak pada awal abad ke-16 yang lalu bersumberkan sejarah dan dokumentasi istana, mitos dan legendanya. Pelbagai bentuk kajian masa lalu tentang ketokohan Tun Saban di Hulu Perak perlu diberikan penilaian semula berdasarkan sumber dan sudut pandangan yang baharu agar sentiasa segar dalam pengetahuan masyarakat masa kini. Bahagian B pula membincangkan aspek kelestarian warisan Tun Saban di Hulu Perak. Tun Saban dikesan banyak meninggalkan warisan yang ada kaitan dengan kewujudan tempat, keturunan, gelaran jawatan, legasi kepimpinan dan sebagainya. Penulisan buku ini merupakan suatu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Tun Saban sebagai pengasas Hulu Perak dan sekali gus membuka ruang perbincangan tentang kelestarian warisan yang memberikan impak kemasyarakatan di negeri Perak Darul Ridzuan pada abad ke-21 ini.

view book