Gunung Jerai dan kawasan sekitarnya yang berkeluasan 816 km persegi telah diisytihar
sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai 2017 dengan nama Jerai Geopark. Maka,
buku ini mengetengahkan keunikan dan keistimewaan warisan yang terdapat di Jerai
Geopark yang mewakili warisan geologi, geoarkeologi, biologi dan budaya. Warisan
geologi di Jerai Geopark mendedahkan bukti geologi tertua negara (Formasi Jerai) sama
seperti yang terdapat di Langkawi Geopark (Formasi Machinchang) yang berusia sekitar
550 juta tahun dahulu. Bukti batuan Formasi Jerai ini bersama batuan Formasi Mahang
(berusia sekitar 400 juta tahun dahulu), yang kemudiannya diterobos oleh granit Jerai
pada 220 juta tahun dahulu, bersama landskapnya juga dapat dilihat melalui 24 geotapak
dan 7 geotrail yang disenaraikan. Warisan geoarkeologi Jerai Geopark pula
mendedahkan tamadun Kedah Tua yang bermula sejak 582 Sebelum Masihi. Buku ini
menceritakan hubung kait penting antara masyarakat tamadun awal dengan landskap
geologi Jerai. Warisan biologinya pula diwakili oleh Hutan Bakau Merbok dan Hutan
Tropika Gunung Jerai. Kehidupan manusia sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi telah
meninggalkan pelbagai seni dan budaya tradisi yang unik di Jerai Geopark. Oleh itu, judul
ini ditulis berdasarkan sumber bertulis dan laporan kerja lapangan dan merupakan
hasil kajian ilmiah pertama tentang Jerai Geopark. Kekuatan isi dalam buku ini terletak
pada kesahihan sumber yang digunakan serta dilengkapi rajah dan jadual bagi
memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku
ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam bidang geopark dan pelancongan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.