Tamadun China merupakan salah satu tamadun awal dan tertua di dunia yang sememangnya kaya dengan kegemilangan kesusasteraannya. Dalam bidang bahasa, China juga mempunyai peribahasanya tersendiri sepertimana peribahasa Melayu. Idiom (chengyu) ialah salah satu jenis peribahasa Cina yang lazimnya terdiri daripada empat aksara serta mempunyai bentuk dan susunan tetap. Buku ini menghimpunkan idiom bahasa Cina yang mempunyai padanan sejadi, iaitu padanan pelbagai jenis peribahasa bahasa Melayu yang mendukung makna serupa atau hampir serupa dengan makna idiom bahasa Cina berkenaan. Makna setiap idiom diterangkan secara ringkas dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pembaca memahami maksudnya. Tema yang digarap dalam Koleksi Idiom Bahasa Cina-Bahasa Melayu ini antaranya ialah kasih sayang, perjuangan dan persahabatan. Jika anda penutur bahasa Cina dan bahasa Melayu atau berminat dengan peribahasa Cina dan Melayu, buku ini adalah pilihan yang tepat untuk anda miliki.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.