[ No Description ]



 



RM 10.00

Basikal lajak Afiq kembali meluncur laju sedangkan kakinya langsung tidak mengayuh pedal. Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak amat pantas berada di belakang sedang menolak basikal itu. Dia tidak dapat mengawal lagi basikal itu. Basikal itu bergerak dan membelok sendiri. Basikal lajak Afiq seolah-olah menjadikan Firman sebagai sasarannya. Afiq mahu menjerit memberi amaran kepada Firman, namun tiba-tiba muncul makhluk seakan monyet dengan rupa seperti bangkai yang mereput duduk bertenggek di atas hendal basikalnya... Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
view book