Ahmad Fahim. Hidup dia sudah cukup bahagia bersama Mak Piah tersayang. Namun lain pula dengan si emak. Mahu sangat anaknya punya isteri dan hidup bahagia. Sampaikan Mak Piah sendiri yang mahu menolong si anak mencari jodoh. Fahim menolak. Dengan alasan, dia sendiri yang akan mencari si pemilik hati. Bila dah jumpa yang dicari, ada pula halangan dari si emak.
"Kamu pilih... Seri atau mak?" – Mak Piah
"Kenapa mak buat abang macam ni? Abang tak boleh, mak... Tak boleh..." – Ahmad Fahim
Mampukah Ahmad Fahim memilih antara dua, sedangkan senyuman milik Seri Annur telah membuatkan tulang rusuknya bergetar hebat.
"Abang tahu yang abang tak baik mana. Tapi abang nak mak tahu, doa dan restu dari mak menjadikan abang lelaki yang baik. Abang tak harapkan benda lain dah. Abang cuma harapkan doa mak aje. Mak izinkan, ya?" – Ahmad Fahim
Selama mana Mak Piah ada, selama itulah dia memerlukan doa dan restu dari seorang yang bergelar emak. Kerana bagi Ahmad Fahim, itulah yang paling bermakna dalam hidup dia.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.