Prasarana dan infrastruktur fizikal adalah salah satu keperluan asas yang menjadi pemangkin terhadap pemerkasaan komuniti luar bandar. Kemudahan prasarana di kawasan luar bandar mampu memberi impak positif dalam pelbagai aspek khususnya aspek sosial, pendidikan dan ekonomi, sekali gus mempertingkatkan taraf hidup dalam kalangan komunitinya. Menyedari bahawa prasarana di kawasan luar bandar perlu giat diperkasakan, kerajaan telah menjadikan hasrat tersebut sebagai teras utama dalam pelaksanaan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Buku Prasarana dan Komuniti Luar Bandar ini terdiri dari tujuh bab yang memfokuskan kepada keperluan prasarana dalam memperkasakan kehidupan komuniti luar bandar. Buku suntingan ini sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan keperluan infrastruktur, media dan pengangkutan terhadap komuniti luar bandar. Buku ini turut sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam keperluan prasarana termasuklah pendidik dan pelajar sekolah menengah.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.